Resepi

Anda bosan dengan menu masakan setiap hari...sila cuba resepi di bawah ini:-




KETAM BERSAMBAL

Bahan-Bahan:

1 kg ketam                     
2 biji bawang merah      }
2 biji bawang putih      } dikisar
10 gm halia                     }
50 gm cili kering            }

1 biji bawang besar      }
50 gm cili merah           } dihiris
50 gm cili hijau              }

Air asam jawa
Minyak masak untuk menumis
Garam,gula dan serbuk  perasa

Cara Memasak:
1) Goreng ketam dan asingkan di tepi.

2) Panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

3) Masukkan air asam jawa dan biarkan seketika. Masukkan ketam yang telah digoreng.

4) Masukkan cili merah,cili hijau dan bawang besar.

5) Tambahkan garam,gula dan serbuk perasa.Kacau dan biarkan seketika kemudian bolehlah diangkat.


DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu (dipotong nipis dan digoreng)
2 biji bawang merah   }
1 biji bawang putih    } ditumbuk lumat
1 inci halia                   }
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
sedikit garam,gula dan serbuk perasa

Cara Membuat:

1) Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat hingga wangi.

2) Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.

3) Kacau rata.Masukkan gula,garam dan serbuk perasa.

4) Akhir sekali masukkan daging dan bawang besar.

5) Sedia untuk dihidangkan.


DAGING LADA HITAM


Bahan-Bahan:


1 kg daging  (dihiris nipis dan digoreng)
1 batang lobak merah (dipotong)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sudu lada hitam
2 sudu sos tiram
5 sudu sos tomato
1/2 sudu stok serbuk ayam
sedikit garam,gula dan serbuk perasa


Cara Membuat:


1) Tumis bawang merah dan bawang putih.Masukkan lobak merah dan bawang besar biarkan sehinnga layu.


2) Masukkan sos tiram,sos tomato,lada hitam,stok serbuk ayam,gula,garam dan serbuk perasa.


3) Masukkan daging dan kacau hingga sebati.









coloryourprofile

coloryourprofile